Sunday, October 2, 2011

cikmas kembali...


ola kawan2...cikmas kembali..heheh bz la bulan ni ngn kelas & persiapan kawen..:)
u all sihat x...ha xbapa mggu g cikmas ni nak b;glar isteri pd encik suami..hehe..
  • barang2 hantaran
  • kelengkapan nikah
  • kenduri
  • cari duit g(wlpon encik suami bg)hehe
  • kad kawin
ha semua cik isteri kena wat..

Tuesday, August 30, 2011

vote me just LIKE...tq

ampa LIKE sat pic cikmas dlm ni...sja masuk contst xtw layak ka x..heheh...toray nasib ja....tq




1. klik and ( LIKE )http://www.facebook.com/pages/Green-Light-Studio-Jurugambar-Pengantin/154678131246123

then like gmbar
2.http://www.facebook.com/photo.php?fbid=224144834299452&set=a.223635847683684.51195.154678131246123&type=1

♥ mas hargai ♥

Thursday, August 25, 2011

u all selamat hari raya dari CIKMAS na..


ini dya ank menakan cikmas...comei cam makcik dya x..hehhee...alamak makcik kena bg wet raya kat afiq..huhuhu..:)





selamat hari rayana cikmas ucapkan..kalau da salah dan silap hope dimaapkan...raya datang la umah na...duit raya xda utk org dah tua juz untuk kanak2 ja....hehehe..:P
raya taun ni mmg bermakna bagi cikmas,tahun ni beraya dengn tunang n 1st ank menakan cikmas iaitu afiq zulfiqqal ...


Thursday, July 21, 2011

cikmas & yusri











now aku bergelar TUNANG pd YUSRI ... 9/7/2011 ari sabtu adalah ari pertunangan aku n dya...alhamdulilah semua bjln dgn lancar...thank pd my sis nadzirah n ekah tlg cikmas dlm smua hal...
Paling utama abah n ma cikmas yg bnyak settel hal ni...love u all...



Thursday, June 30, 2011

kekal lama meh ....

You all perasan tak dengan sesetengah couple tu, selalu sangat komplen pasangan dia? Tegur pasal lambat lah, tegur tentang berat badan lah, tak puas hati dengan tabiat dia lah…tak berpuas hati dengan segala-gala cara pasangannya.

Ini selalunya terjadi setelah beberapa lama bercinta lah. Awal-awal tak da punya. Semua ok, semua cantik…everything is great! Sebabnya…masih sayang, masih teruja. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak berkenan dek kalbu tu…buat tak tahu je, telan pahit dan hempedu kerana cinta! :D

TAPI, setelah lama, setelah tahu luar dan dalam…slowly, pasangan anda mulai menegur itu dan ini. Ada je perkara yang tak disukainya, ada je komplennya. Pelik tak? Dulu ok je…dulu boleh terima, mengapa sekarang bosan la? tak serasi la? ada je yang tak puas hati, mengapa?

Apa yang bro nampak di sini, selalunya…pasangan itu cuba,

Mengubah pasangan masing-masing, mengikut cara dan kehendak hatinya yang mana difikirkan baik untuknya. Yang mana dirasakan betul baginya.

Mungkin betul tindakan anda, mungkin apa yang anda mahu dia berubah adalah baik untuk perhubungan anda. TETAPI, masalahnya…pasangan anda tu dah hidup sebegitu sejak dulu lagi…sejak sepanjang umur dia lah dia begitu…tiba-tiba anda bercinta dengannya dan dalam masa duk happy-happy tu, anda cuba mengubah dirinya!

Setiap orang tidak mahu dan tidak akan terima teguran anda setelah anda bercinta dengannya dan menerima caranya sedari awal lagi. Ianya seolah-olah, anda muncul menjadi Ibu Bapa yang asyik berleter dan menegur mereka! Semua orang mahu yang boleh jadi member dengannya…

Jika anda mahu kekal lama di dalam sesebuah perhubungan, jangan sesekali cuba untuk menjadi ‘Ibubapa’ kepada pasangan anda. Dia dah ada ibubapa dah…atau dia pernah ada orang tua yang selalu berpesan macam-macam, selalu melarang dari melakukan itu dan ini. dan dia pastinya tak mahu menambah seorang lagi ibu atau bapa seperti itu ;)

Melainkan…dia berubah setelah anda bersama itu lain lah. Contoh : Awal-awal dulu wangi dan harum je setiap kali bertemu, tapi sebab dah kenal lama, dah bercinta, so dah tak jaga…ITU WAJIB dITEGUR!, Pasangan anda pula, patut berubah!

TETAPI, jika anda sudah terima sedari awal, dari mula-mula dulu lagi dia gempal ke, betis besar ke, punggung besar, badan kurus sekeping, bersiap pun lambat, bercakap menderam kuat, sendawa depan orang ramai, suka mengata orang, badan hapak, nafas berbau, selekeh, kekampungan dan apa-apa sahaja yang anda anggap buruk…ANDA SEHARUSNYA TERUS KEKAL TERIMA DIA SEADANYA!!

Janganlah sibuk-sibuk nak menegur atau cuba untuk mengubahnya lagi, “Yang hang pi pilih yang macam tu dari awai lagi tu pasai apa? Pilih lah yang baguih punya….tu dia, sekarang nah…padan muka hang!” :D

Ramai yang menerima sahaja pasangan masing-masing tanpa mengambil masa untuk memikirkan terlebih dahulu, samada sanggup kekal lama bersamanya walau baik atau buruk…

Sebenarnya, jika sedari awal anda boleh berjanji pada diri anda sendiri yang anda akan menerima si dia walau bagaimana keadaan sekali pun, maka perhubungan cinta anda pasti kekal buat selama-lamanya! …jika sebaliknya, lebih baik anda cari bukan yang sikit-sikit berkenan je tau…haaaaa, terus cari yang betul-betul berkenan di hati, barulah ada ummphh!! :lol:

Monday, June 20, 2011

Saatnya Untuk Menikah



"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah

Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.

Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.

Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.

Lingkaran Ketakutan Berlanjutan

Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.

Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).

Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.

Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.

Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya?

Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.

Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.

Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.

Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.

Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.

Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa

Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.

Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:

Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.

Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.

Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.

Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.

Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.

Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.

Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

Pilihlah Yang Bertaqwa

Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:

"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."

Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.

Wallahu alam bi showwab.